
Aku kini berada dalam alam yang berbeza, jauh berbeza dari dunia ku dulu. Dulu aku hanya pentingkan 2 benda sahaja MASA dan WANG. Kini dunia ku telah bebeza seluruhnya. Aku tahu kini dimanakah bumi yang aku pijak dan apa yang aku junjung. Mata ku terbuka luas, realiti kehidupan yang aku tak pernah terbayangkan. Jauh berbeza dari kotak pemikiran ku. Dulu aku hanya bersama manusia-manusia angkuh dengan ringgit mereka, kuasa dan ideologi sinis mereka. Aku terpaksa bertopengkan hipokrasi , aku hanya mahukan RM mereka...dan ternyata topeng ku cukup tebal bagi mengaut isi perut mereka. Aku berdiri di atas platform yang aku bina dengan kepuraan-puraan dan kepalsuan. Aku tidak kata itu terpaksa...aku rela..kerana itu kerjaya ku. Aku makan dan minum menggunakan punca rezeki ku. Kini aku boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu di bayangi hipokarasi...aku kini lebih bebas. namun aku di kejutkan dengan kebenaran yang luar biasa...aku tak tahu adakah ini adalah realiti atau pun lakonan hidup di pentas dunia?
aku insaf..dan jelik pada manusia yang aku kenal dulu. kerana realiti kehidupan kini amat kejam dan merintih kecil ku...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan