
Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul, untuk mengingati hari keputeraan Baginda Muhammad Rasulullah.
Namun adakah ini sekadar sambutan yang tidak ada nilai langsung kepada Umat Baginda yang kini kian alpa dan lalai dengan Tangungjawap mereka?
Baginda S.A.W adalah ikon dan idola yang perlu di ikut dari sirah dan sunnah baginda. Bukan sahaja dari segi keperibadian baginda yang nyata MAKSUM malah dari segi kepimpinan Baginda.
Kian lama umat Islam kian lupa kepada Baginda. Mungkin Rasullah dah lama wafat, dan kita tidak pernah melihat wajah baginda. Sebagai Umat ISlam kita harus memahatkan Baginda dalam sanubari kita. Apabila kita melafaz shahadah bukankah kita suda berikrar dan mengakui bahawa MUHAMMAD itu PESURUH ALLAH?
Ayman sedih melihat kita kian jauh dengan Islam. Islam kini bagaikan pakaian yang perlu di ubah suai mengikut trend masa. Bukan kah Islam itu syumul...dan sesusai dengan masa..mengapa perlu di ubah dan suai dengan masa dan trend?
Baginda S.A.W pernah bersabda, "pada akhir zaman kelak, umat ku seperti buih-buih di lautan banyaknya, namun tidak ramai yang sampai ke pantai, mereka akan hanyut dan "meletup" di tengah lautan, kecuali mereka yang beriman dengan ALLAH dan Rasul mereka"
Benar, kalau kita lihat kini umat islam yang mengaku mereka itu Islam sungguh banyak di mual bumi ini. Namun tidak ramai yang mempunyai kualiti ISLAM yang benar-benar hebat dan layak Di gelar ISLAM.
Salawat dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.
Semoga kita sentiasa di bawah syufa'at Baginda dan Redha Ilahi
Insyaallah....
Ayman Siddiq.