Rabu, 26 Ogos 2009

Ramadhan datang lagi..di sebalik keberkatan ...

Ramadan kali ini banyak menyimpan memori yang akan di ingt oleh rakyat malaysia. Dimana KUBU kuat PAS tak bergegar dek Ribut BN di permatang pasir pada Puasa yang ke 3 dan pada puasa ke empat ini 70 orang rakyat kita telah mat akibat SELSEMA BABI. kekurangan bekalan gula membuat kuih seri muka dan kole kacang yg ayman beli juadah berbuka semalam tawar habeh... di jangkakan kenaika harga bahan mentah menjelang aidul fitri. Ramadan kali ini mmg berbeza dari yang sebelumnya.Namun ini adalah ujian Allah ke atas hambanya yang kadang2 lupa akan perkara yang tidak patut di lupakan. Ayman merenung panjang... adakah ini dugaan yang Dia berikan kepada hambanya untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepada Rabbul Izati. Namun sebagai insan yang biasa tetap terasa tamparanya. Dalam nak merdeka ni Yang ke 52 ni ada lagin yan kurang merdeka akal dan fikirannya. stop it la matang la skit.. ata payah nak kucar kacir kan lagi keaadaan yang sudah sedia sang kalibut...tak perlu la nak mencanang sesuatu yang tak perlu di canangkan...Pilihan raya dah selesai.. yang berhak untuk menang tealh berjaya dan yang tak berhak pula mendapat habuanya...besar atau kecil bukan la soal namun kemenangan tetap kemenangan. mungkin adalah berita gembira bagi sesetengah pihak dan dugaan pula bagi pihak yang lain, jadi apa yang ayman leh cakap sabar jerla...

Ayman percaya Ramadan kali ini masih terselit keberkatan dan kenikmatan yang di janjikan oleh Nya. Kita berdoa agar semua keruh yang berlaku akan bertukar jernih kelak.




Wassalam
Salam Ramadan
Ayman Siddiq