
Termenung ayman sorang-sorang, lepas habis kerja Ayman duk melanggu depan tingkap ofis ayman yang betul2 mengadap Eye Of Malaysia yang dah ,di beli oleh Tok Ali. Cantik pemandangan nya. Sambil tu kepala ni ligat berfikir, lebih-lebih lagi tentang senario politik sekarang. Yela Ayman bukan la nak sangat amik bahagian dalam politik-politik negara, terlalu "ganaz' dan agresif. Baru semalam minum kopi tau kerajaan ni di perintah oleh "DIA ni" esok pagi belum gosok gigi dah tukar DIA yang lain pula yang berkuasa. Macam kata MAK MINAH dalam Cerita MASAM2 MANIS "Agedeban" Sgt. Tak terkejar kita... Namun Ayman terfikir, kalu macam ni la apa yang berlaku pada Anak2 melayu sekarang? Anak2 Melayu seperti Ayman yang tak langsung berminat mahupun terjebak dalm PoliTik ni. Apa yang bermain dalam fikiran mereka?
Ayman cuba mendalaminya dalam konteks anak melayu yang masih lagi sayangkan bangsa nya... Perubahan arus pemerintahan bukanlah satu perkara yang boleh di sangkal dengan cara berdiri dan memprotes. Pemerintahan akan tetap berubah mengikut arus yang telah di tetapkan. Namun apa yang merungsingkan kami adalah kewajaran dan kewarasan pemerintahan yang akan diwariskan kepada kami anak-anak melayu. Kalau dulu anak-anak melayu bersama-sama pemimpin mereka sebagai contoh Almarhum Dato' Onn menjulang sepanduk dan menjijing risalah anti MALAYAN UNION, dan itu adalah satu pejuangan yang luhur. Sekarang Ank Melayu ingin juga berjuang dan menegakkan asal keturunannya. Tapi dengan cara apa. Nak ikut pemimpin pun tak tau nak ikut yang mana, ramai sangat pemimpin melayu sekarang ni. Salah ikut pula takut-takut tersalah wacana. Dunia melayu dah semakin hebat. Melayu bukan lagi bangsa kelas Kedua. Melayu dah jadi kelas pertama. Tidak lagi bertuan-hamba lagi, tidak lagi bemadah punjangga. Semua yang keluar adalah Fakta dan Hujah yang tepat. Namun, bukan kah semua itu adalah adat dan budi. Adat yang meneguhkan pribadi, dan budi cermin hati? Perjuangan melayu kini kian tersasar. Perjuangan yang tidak ada lagi nilai perjuangan. Melayu hanya tinggal kepada nama bangsa. Anak melayu pun dah jadi lali dengan NAMA BANGSA nya. Ayman bukan la nak menjadi mencanang gendang keburukan bangsa. Namun, sudah nyata gendang bangsa kian sumbang bunyinya. Gendang Bangsa Melayu sudah tidak senyaring dan sekuat dulu, ikatan relung tepi nya dah Longgar dan perlu di perketatkan segera, kulit nya dah layu dan keras, perlu diganti kulit Muda yang segar...namun kalau Kulit gendang Melayu yang tua masih melakat pada relung, dan relung dah pendek tak boleh di ubah. Gendang mana lagi yang harus anak melayu canangkan?
Telampau mudah mengubah tapi apakah perubahan itu berbaloi?
1 ulasan:
"UMNO TIDAK BERSALAH - YANG BERSALAH ADALAH PEMIMPIN DAN AHLI YANG MEMESONGKAN PERJUANGAN UMNO."
"UMNO YANG BANYAK BERJASA INI JANGAN DISINGKIRKAN - YANG PERLU DISINGKIRKAN ADALAH PEMIMPIN DAN AHLI UMNO YANG TELAH MEMESONGKAN MATLAMAT PERJUANGAN UMNO."
............................................................................................................................................
“Kedudukan dan kuasa yang diamanahkan kepada UMNO oleh rakyat bukan untuk kepentingan sesiapa. Kedudukan dan kuasa ini adalah untuk melindungi, memelihara dan membangunkan bangsa, agama dan Negara. Kita tidak boleh mengabaikan amanah ini. Kita tidak berhak mengabaikan dan mengecewakan mereka yang memilih kita.”
“UMNO mesti diperukuhkan bukan kerana kita ghairah dengan kekuatan. UMNO mesti diperkukuhkan kerana hanya UMNO yang kukuh sahaja yang boleh menunaikan segala janjinya. Inilah tanggungjawab kita. Inilah ikrar kita.”
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad
30hb. November 1990
Catat Ulasan