Isnin, 17 November 2008

Meletakan Keaiban Sendiri untuk tontonan

Sesungguhnya Rakyat Malaysia amat lah berani dan tidak mudah berputus asa, satu semangat dan sifat yang harus di puji. Contohnya mudah, dah orang tak suka pun gagah nak jadi ketua sampai bulan mac. Dan orang taknak undi, siap merayu dan menagih untuk di undi, satu lagi sifat rakyat malaysia ni, suka bagi peluang kepada orang yang kadang2 tak layak pun di bagi peluang.

Ni bukan nak cerita pasal politik, asik cerita pasal politik jer, kadang2 kita lupa yang disekeliling kita yang luar dari politik dan tidak ada langsung kena mengena dengan politik lebih seronok untuk di nilai.

Ni cerita pasal, rakyat malaysia yg tak minat langsung adal politik, kalau tanya sapa ADUN kawasan dia pun comfirm dia tak tau... tapi minat sgt nak jadi artis....

Haaa...

satu fenomena yang melanda negara kini, ramai nak jadi artist dari nak jadi polis,ker askar ker mahupun kerja JKR.

Menyedari hakikat tu, berebut la orang MEDIA ni adakan pertandingan realiti. cungkil bakat2 baru, kalu dulu zaman ayman kita panggil pertandingn karaoke je

Yang pelik nya yaNG Tak BOleh nyanyi pun berduyun datang...

Teruk sungguh lebih teruk dari deheman kerbau balakang umah

tapi mereka ni pula tak sedar la

aib...
aib..


kenapa ingin mengaibkan diri ?
tak cukup lagi ke mengaibkan diri selama ni,
sampai nak mengaibkan diri di kaca TV pula

tak paham la ayman

kita ni
ada pikiran

so kita pun leh kenal dan nilai kemampuan diri

kenapa nak tunggu AJAI, ROSLAN AZIZ, LAH VE, Hattan, OGY . kutuk dan aib kan kita baru nak sedar.

Ni satu lagi, derang ni juri yang macam hebat ni, sedangkan album yg di rakam mahupun diterbitkan tak la sebaik mana. tapi lagak nya macam dah tahap TAN SRI P RAMLEE...
Bahasa pula kesat, langsung tak menunjukkan ciri-ciri melayu. kita cakap biar beralas.

tak salah cakap beralas dan beretika, dan pada masa yang sama jujur dan telus.

Bukan dengan kutukan yang persis hina kerana berlandaskan "i Cakap betul, tak hipokrit"

tapi yang pelik dan hairan....


ramai juga yang kurang bakat datang nyanyi dan SUDI di hamun,di kutuk oleh JURI.

pelik Kan



Ayman Siddiq

Tiada ulasan: