Jumaat, 28 November 2008

DiMana Bumi Ku Pijak Di Situ Langit Ku Junjung.


Dimana kah letak nya langit yang ku junjung?
dimana pula letaknya bumi yang ku pijak?

Adakah aku tetep mencari kemana hilangnya perjalanan diriku ini?
Adakah menjadi tanda tanya setiap yang terjadi dan segala yang bakal terjadi?
Adakah bangsa ku tetap menjadi bangsa yang kukuh dan terus utuh hingga satu masa yang akan datang?
Masih dalam tanda tanya yang besar dan masih tiada yang mampu memberikan jawapan,
Mahupun ketua pemimpin atau pun individu yang melobi jawatan pemimpin.

Agenda perjuangan kian jauh dan taidak lagi berpaksikan kenyataan. Hanya satu impian untuk menjadi pemimpin dgn cara yang tidak lagi sama seperti dahulu. Kalau dahulu Dato' Onn memecah monopoli kuasa politik Inggeris dengan lantang menentang Malayan Union, kini hanya suara-suara kecil yang berani menentang MALAY UNION walaupun jelas dan nyata kesalahan dan ketidak adilan mereka. Suara yang kecil ini, mudah sangat di cantas dek penyokong yang kipas tak mati bagi meletakkan diri mereka sebaris dengan perjuang2 bangsa yang mendabik dada memekik, PERJUANGAN INI ADALAH UNTUK MALAYSIA. sedang kan amat jelas perjuangan mereka adalah lebih bersifat individu dan tidak berasas.

Sama- sama sendiri bercakaran dan bertelagah untuk menjatuhkan satu sama lain, tiada lagi kerjasama dan sepakat, jika orang lain lebih layak dari kitam mengapa kita masih nak bertanding, izin kan sahaja mereka yang layak itu menjadi pemimpin dan kita terus sokong dan berkhidmat dengan satu agenda yang sama dari awal penubuhan.
Mempertahankan apa yang kita dapat adalah wajar, namun sejauh mana kridibiliti kita untuk mempertahan kannya. Jika ternyata dan terbukti yang kita lemah, kita tak layak di tempat itu, lebih baik kita memberi peluang kepada yang lain yang mempunyai nilai dan layak untuk mengantikan kita, bukan di berikan kepada mereka yang berjanji akan memmberikan kita imbuhan atau satu perjanjian sosial bagi menjamin anak menantu dan diri sendiri terjamin sampai mati.

Berkuasa dan punyai kuasa amat menyeronokan, di mana semua berada di bawah telunjuk dan kehendak kita, namun kuasa dan keyakinan rakyat datang dengan satu pakej yang bukan mudah untuk di tunai tapi mat mudah untuk di abaikan, Rakyat kini semakin pintar, mereka adalah rakyat yang rata-rata keluar dari IPTA/S yang bersepah di muka bumi ni, Mereka juga pernah memimpin ketika di sekolah dahulu. Rakyat tidak lagi jahil dan buta.
Namun kuasa telah menundukan dan memperBODOHkan mereka yang bijak.

Biarlah aku jadi insan yang bodoh, kerana ALLAH maha bijaksana. Kerana aku sedar insan yang lemah ini tidak lepas daripada kuasa yang maha agung dan maha kekal. Sejauh mana kita berlari dan terus berlari, selagi BUMI DI PIJAK dan LANGIT DIJUNJUNG, SeLAgi aku terikat dan patuh selamanya pada TUAN PENCIPTA ALAM, ALLAH SWT.

KUASA ADALAH AMANAH
DAN AMANAH AKAN DI TUNTUT SAMPAI AKHIRAT.


Ayman Siddiq

Isnin, 17 November 2008

Meletakan Keaiban Sendiri untuk tontonan

Sesungguhnya Rakyat Malaysia amat lah berani dan tidak mudah berputus asa, satu semangat dan sifat yang harus di puji. Contohnya mudah, dah orang tak suka pun gagah nak jadi ketua sampai bulan mac. Dan orang taknak undi, siap merayu dan menagih untuk di undi, satu lagi sifat rakyat malaysia ni, suka bagi peluang kepada orang yang kadang2 tak layak pun di bagi peluang.

Ni bukan nak cerita pasal politik, asik cerita pasal politik jer, kadang2 kita lupa yang disekeliling kita yang luar dari politik dan tidak ada langsung kena mengena dengan politik lebih seronok untuk di nilai.

Ni cerita pasal, rakyat malaysia yg tak minat langsung adal politik, kalau tanya sapa ADUN kawasan dia pun comfirm dia tak tau... tapi minat sgt nak jadi artis....

Haaa...

satu fenomena yang melanda negara kini, ramai nak jadi artist dari nak jadi polis,ker askar ker mahupun kerja JKR.

Menyedari hakikat tu, berebut la orang MEDIA ni adakan pertandingan realiti. cungkil bakat2 baru, kalu dulu zaman ayman kita panggil pertandingn karaoke je

Yang pelik nya yaNG Tak BOleh nyanyi pun berduyun datang...

Teruk sungguh lebih teruk dari deheman kerbau balakang umah

tapi mereka ni pula tak sedar la

aib...
aib..


kenapa ingin mengaibkan diri ?
tak cukup lagi ke mengaibkan diri selama ni,
sampai nak mengaibkan diri di kaca TV pula

tak paham la ayman

kita ni
ada pikiran

so kita pun leh kenal dan nilai kemampuan diri

kenapa nak tunggu AJAI, ROSLAN AZIZ, LAH VE, Hattan, OGY . kutuk dan aib kan kita baru nak sedar.

Ni satu lagi, derang ni juri yang macam hebat ni, sedangkan album yg di rakam mahupun diterbitkan tak la sebaik mana. tapi lagak nya macam dah tahap TAN SRI P RAMLEE...
Bahasa pula kesat, langsung tak menunjukkan ciri-ciri melayu. kita cakap biar beralas.

tak salah cakap beralas dan beretika, dan pada masa yang sama jujur dan telus.

Bukan dengan kutukan yang persis hina kerana berlandaskan "i Cakap betul, tak hipokrit"

tapi yang pelik dan hairan....


ramai juga yang kurang bakat datang nyanyi dan SUDI di hamun,di kutuk oleh JURI.

pelik Kan



Ayman Siddiq