Khamis, 16 Oktober 2008

Melayu...penuh adab, budi dan Bahasa

Hidup Melayu Penuh Budi dan Bahasa.

Salam,

Kalau kita ni melayu mengapa kita perlu menangkis amalan yang telah lama terpasak dalam jati diri kita
Blog atau pun boleh saya kata kan catatan elektronik ini adalah salah satu kemudahan,kebaikan dan keuntungan kepada kita

Bukan Semua org dapat peluang untuk menulis dalam kolum di majlah atau di akhbar

Tapi dengan blog ini,
kita mendapat sedikit ruang untuk mencetus sedikit idea dan memberi sedikit cadangan

Etika penulisan adalah amat penting
saya tahu,kadang kala teknik penulisan saya agak berbau politik atau pun perkauman.

Namun sentuhan saya lebih kepada am
dan bukan bersifat peribadi

etika penulisan amat didtitik berat kan dalam semua genre penulisan sama ada di sebaran umum atau pun di dalam blog

blog adalah medium untuk kita berinteraksi dangan dunia luar.

Blog bersifat subjektif yang sukar untuk kita tafsirkan

Ada blogers yang menjadikan blog sebagai jurnal, atau catitan peribadi. dan ada juga sebagai medium melepas kan ketidak puasan hati Dan ada juga sebagai tempat melebarkan pendapat.

Lazim, bloger yang menjadikan blog sebagai medium untuk melepaskan matlamat pribadi dengan menyalahkan atau melemparkan sesuatu yang tidak wajar adalah antara bloger yang rendah etika penulisannya.

Ayman Siddiq,

Menyeru kepada semua bloger agar menetapkan satu etika penulisan bagi tidak mencemar dunia penulisan ini.

Tiada ulasan: