Khamis, 28 Ogos 2008

DiMana Bumi Ku Pijak Di Situ Langit Ku Junjung.

Peribahasa Melayu ada menyebut, di mana bumi dipijak disitu langit di junjung satu metafora yang tinggi dari nilai maksud dan penghayatannya.
Langit dan Bumi...
dua benda yang tidak dapat di pisah kan kewujudannya walau pun jarak berjuta kilometer memisahkan antara dua entiti tersebut.
Namun ,
Di antara dua entiti ini tercipta oleh Nya pelbagai hidupan, dan antaranya adalah kita sebagai manusia.

Manusia....
Sebaik-sebaik kejadian yang di cipta kan oleh ALLAH SWT, di lantik sebagai khalifah di muka bumi ini, bagi mentadbir isi alam ini dengan baik

Tetapi,
Manusia la yang sering bongkak dan takbur dgn TUHAN nya sendiri
dalam Surah Al Rahman, berpuluh kali ALLAH berfirman dan menegur sifat kufur dan menafikan nikmat yang ALLAH telah turun kan.

Pada Zaman Nabi Allah MUSA a.s
ketika itu di MESIR,
Betapa angkuhnya FIRAUN meletakkan dirinya di bahagian tertinggi menidak kuasa dan hak ALLAH.
Maka Bertitah la Firaun Kepada rakyat nya bahawa hanya dia layak dan patut disembah bukannya TUHAN (ALLAH) MUSA a.s yang pendusta.
Jika Benar tuhan MUSA itu Wujud dan berkuasa maka Tunjukanlah buktinya....

Kun Fa Ya Kun...

dengan kehendak ALLAH,
Laut Merah terbelah dua bagi mengizinkan NABINYA dan pengikut lalu menyeberangi dan menyelamatkan diri daripda firaun, dan tatkala firaun dan tenteranya melalui belahan Laut Merah itu, ALLAH telah tutup kembali laut tersebut dan tenggelam la Firaun dgn tenteranya.




Iktibar dan tauladan dari cerita dahulu amat banyak
tapi kini manusia kian alpa
dan hanyut di tengelami
arus kemodenan
yang meletak islam hanya sebagai paksi kepada
kelangsungan perjalanan sesebuah bangsa.

ISLAM
Nama yang terus datang dari PENCIPTANYA

Sekarang
ISLAM
hanyala di anggap sebagai Pakaian
yang boleh di ubah mengikut peredaran FASHION

Manakan tidak
ISLAM telah DIHADARI kan
Dan ISLAM telah DISALAH gUNAKAN


Dimana Bumi di pijak di situ langit di junjung

di mana kita berdiri kini
di atas landasan yang tiada hala dan tujuan
kita kian leka
dan
tidak
peduli
lagi
apa yng
kita
harus dan perlu lakukan
itu la jadinya
APABILA
ISLAM HANYA MENJADI PAKAIAN
BUkan AMALAN.

Wallahualam


Ayman Siddiq

Tiada ulasan: