Khamis, 21 Ogos 2008

Di Sebalik Nama Ku Melayu II

Di Sebalik Nama Ku Melayu...

Pernah jugak aku terpikir di manakah letaknya kekuatan sesebuah bangsa, adakah dari perdabannya atau dari segi kekutan sejarahnya, Kalau aku tgk kan bangsa aku sendiri... (aku ni Bugis) tapi aku ni di consider melayu la, bangsa aku yng dari dulunya mmg terkenal dengan peradaban yang unggul dan sejarah sosio ekonomi yang mapan. Pendek kata jika di kurun 15 dulu sebut jer melayu dan melaka mesti dunia akan mengangguk tanda setuju akan kehebatan nya...kalu tak masakan TOM PIRES menyebut Bangsa melayu seacap kali nya dalam buku jurnal beliau... Laksamana Cheng HO pula tidak letih mulut menyebut melaka dan org melayu sesampai di forbiden kingdoms...sampai maharaja bersetuju untuk kawin kan Puteri nya dengan sultan Melaka yang berbangsa MELAYU... Hebat..sungguh hebat ...MELAYU yg hebat... tapi adakah melayu ni betul2 hebat??

Kalu hebat ...masakan Sultan MElaka di perdaya dek maharaja China dimana Puteri yang sepatut di kawinkan dengan baginda di gantikan dengan dayang istana?

Masakan pula ketuanan MElayu di sanggah oleh panglima utama baginda sultan Melaka hang Jebat pencetus revolusi radikal melayu???

Takkan pula Panglima Bentan yang berbakti pada Sultan Johor sanggup menusukan si lipan bara tatakala baginda di julang menuju ke masjid?

Dan sehebat ketuanan Melayu masakan termakan hasutan fitnah Karma wijaya sehingga Tuah yang taat di jatuh kan hukuman bunuh ...

dan setaat-taat tun Perak sangup mengingkar titah sultn melaka menyorokkna Tuah di hujung Melaka?

Dimana pula kelangsunan peradaban melayu dan ketulusan budi bila Tun Mutakhir mengamalkan kronisme dalam pemerintahan nya...

aku melayu dan aku bngga jadik melayu... tapi bila kini melayu hanya tinggal pada nama dan ada di segelintir umat yang hanya memegahkan diri dengan sejarah melayu..

"TAKAN ILANG MELAYU DI DUNIA" tu kata Tuah... Tapi adakah melayu yang kekal ini benar2 melayu yang layak di gelar melayu...

Melayu ini indah melayu ini penuh dgn adat melayu penuh dgn budi melayu ini penuh dengan tradisi melayu itu islam dan islam itu melayu sekali lahir sebgai melayu sampai mati aku melayu...

Perjuangan Belum selesai.... kata Tun DR M bagaimana nak selesai jika masih tidak di mulakan??

korupnya melayu dari awal kurun 15... dimana melayu di agungkan namun penuh dengan palit2 itam yang tak dapat di lupus....

Jebat membela org yang tak mahu di bela... jebat menderhaka demi keadilan Jebat di bunuh dek org yng di bela sama ada jebat yang radikal atau tuah yng tak rasional? samada Jebat Hero atau tuah Pewiranya???

Panglima Bentan derkhaka, panglima bunuh raja, panglima di tulah 7 keturunan... knapa raja di bunuh?? knpa Panglima Bentan Menderhaka??

RaJA ADIL RAjA DI SEMBAH RAja ZAlim raja di sanggah....

sejarah membuktikan setiap keunggulan ada kejatuhan... adakah melayu kekal dengan melayunya atau revolosi melayu perlu di pertahankan... tepuk dada tanya selera...

Ayman Siddiq

Tiada ulasan: