Isnin, 12 Mei 2008

Dibawah Keruntuhan Hati

Dalam usaha untuk membentuk satu negara yang maju dari segi infrastruktur dan peradabannya, manusia berlari-lari bersaing antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Meletakan satu platform agar mereka selesa untuk berlari dan berinjak bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan, apa yang mereka hajati.

Namun di dalam keasyikan melaksanakan agenda mengapai kemewahan dan kesempurnaan mereka acap kali teralpa lantas mengabaikan apa yang telah di warta kan dari azali.

Apabila kita berdiri dia atas puncak kegemilangan, kita akan lupa apa yang kita perjuangkan
apa yang kita gagah mencanangkan...
kita semakin lalai dalam arus kemodenan.
tak salah untuk mengejar komodenan. tetapi kemodenan cara manakah kita ingin cari?
komodenan yang meletakan batu asas pada kekukuhan wang ringgit?
komodenan yang boleh menidak kan hak alam pada manusia dan sebalik nya
komodenan yang di mana hak Pencipta kepada hamba ciptaannya di enteng-entengkan

Radikal atau tidak pemikiran saorang melayu pada ketika ini dengan meletakkan agama dan kemewahan sama darjat dan sama letaknya??

Melayu dan ISLAM adalah umpama isi dengan kuku....

Isi di mana menjamin kekukuhan kuku...
dan kuku yang melengkapi dan melindungi isi...

dan jika melayu sendiri mencemari islam...
dan islam pula di cemari melayu...
dimanakah
letaknya kesenambungan warisan berzaman

Dibawah Keruntuhan Hati ini...
kita amat terkilan
dan
sedih jika Melayu
tetap meminggirkan nilai melayu...

Tiada ulasan: