Khamis, 15 Mei 2008

Ummi..The Greaters Creation

Ummi...
Ibu..
Mak..
Mama..
Mami..

Apa jua panggilan yang kita panggil, yang kita gelarkan, telus dari hati dan perasaan kita kepada seorang insan yang begitu Mulia dan suci, Insan yang sanggup meletakan nyawanya di atas satu garisan tirus demi memberi satu kehidupan kepada seorang lagi insan lain...

Ummi,
kadang kala aku tidak mengerti keperitan yang kamu lalui dalam membesarkan kan aku..
dan acap kali juga aku melukakan hati mu tanpa ku sedari,
dan acap kali itu juga kau akan terus memaafkan diri ku ini,
dan kini bila aku pantas berlari mengejar erti kehidupan aku kian melupai diri mu ummi..
namun tidak pernah sekali pun kau meletakan aku dalam kesalahan itu, bagi mu segala yang kau lakukan hanyalah untuk masa depan anak-anak mu....
ummi..
Masa kian ligat meniti usia...
kini aku pula merasa apa yang kau pernah rasakan....
menjadi bapa dan ibu kepada insan lain yang di gelar sebagai anak....
dan sekali lagi aku meletakan beban kebahu lusuh mu...
tidak cukup jasa mu menjaga ku... kini anak ku menjadi beban mu...
dan ummi tidak akan pernah berkata tidak... kerana kebahagian ummi kini adalah apabila melihat anak-anak nya bahagia...
Aku pula semakin lupa dan asyik menikmati kesenangan di atas kesusahan ummi...
ummi...
Setiap waktu dan saat berlalu senafas pantas...
dan tanpa kusedari ummi kini sudah kian jauh dari diri ini
ummi yang dulu tersenyum dan gagah tertawa kini terlantar dan bisu seribu kata...
kini aku sedar ummi dan aku senafas masa cuma...
tak lama lagi ummi akan pergi
pergi selamanya
dan ...............

selama ummi hidup dan bernafas apa yang telah aku lakukan untuk membalas jasa nya??
Tiada yang mampu kau lakukan bagi membalas jasa Ummi...
segunung Emas dan Sekawah Perak pun tak dapat membalas jasa Ummi...
dan kIni Aku yang duduk diam dalam kerugian kerana
tidakk endah PERMATA yang tidak ternilai...
Permata yang tidak akan datang lagi


"Siapakah yang aku hormati ya Nabi Allah...
Jawap Baginda...Ummi Mu...
Kemudian..
Jawap Baginda lagi...Ummi Mu
Lantas siapa lagi ya Muhammad...
tukas Baginda..Ummi Mu..
dan ....
Ayah Mu"



Setitis Air mata yang mengalir dari mata seorang ibu sama lah bagai setumpah darah seluas lautan........

semoga
Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Ummi................



Ayman Siddiq

Isnin, 12 Mei 2008

Dibawah Keruntuhan Hati

Dalam usaha untuk membentuk satu negara yang maju dari segi infrastruktur dan peradabannya, manusia berlari-lari bersaing antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Meletakan satu platform agar mereka selesa untuk berlari dan berinjak bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan, apa yang mereka hajati.

Namun di dalam keasyikan melaksanakan agenda mengapai kemewahan dan kesempurnaan mereka acap kali teralpa lantas mengabaikan apa yang telah di warta kan dari azali.

Apabila kita berdiri dia atas puncak kegemilangan, kita akan lupa apa yang kita perjuangkan
apa yang kita gagah mencanangkan...
kita semakin lalai dalam arus kemodenan.
tak salah untuk mengejar komodenan. tetapi kemodenan cara manakah kita ingin cari?
komodenan yang meletakan batu asas pada kekukuhan wang ringgit?
komodenan yang boleh menidak kan hak alam pada manusia dan sebalik nya
komodenan yang di mana hak Pencipta kepada hamba ciptaannya di enteng-entengkan

Radikal atau tidak pemikiran saorang melayu pada ketika ini dengan meletakkan agama dan kemewahan sama darjat dan sama letaknya??

Melayu dan ISLAM adalah umpama isi dengan kuku....

Isi di mana menjamin kekukuhan kuku...
dan kuku yang melengkapi dan melindungi isi...

dan jika melayu sendiri mencemari islam...
dan islam pula di cemari melayu...
dimanakah
letaknya kesenambungan warisan berzaman

Dibawah Keruntuhan Hati ini...
kita amat terkilan
dan
sedih jika Melayu
tetap meminggirkan nilai melayu...