Jumaat, 17 Julai 2009

Dimana Bumi Di Pijak Di Situ Langit Ku junjung


Aku kini berada dalam alam yang berbeza, jauh berbeza dari dunia ku dulu. Dulu aku hanya pentingkan 2 benda sahaja MASA dan WANG. Kini dunia ku telah bebeza seluruhnya. Aku tahu kini dimanakah bumi yang aku pijak dan apa yang aku junjung. Mata ku terbuka luas, realiti kehidupan yang aku tak pernah terbayangkan. Jauh berbeza dari kotak pemikiran ku. Dulu aku hanya bersama manusia-manusia angkuh dengan ringgit mereka, kuasa dan ideologi sinis mereka. Aku terpaksa bertopengkan hipokrasi , aku hanya mahukan RM mereka...dan ternyata topeng ku cukup tebal bagi mengaut isi perut mereka. Aku berdiri di atas platform yang aku bina dengan kepuraan-puraan dan kepalsuan. Aku tidak kata itu terpaksa...aku rela..kerana itu kerjaya ku. Aku makan dan minum menggunakan punca rezeki ku. Kini aku boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu di bayangi hipokarasi...aku kini lebih bebas. namun aku di kejutkan dengan kebenaran yang luar biasa...aku tak tahu adakah ini adalah realiti atau pun lakonan hidup di pentas dunia?
aku insaf..dan jelik pada manusia yang aku kenal dulu. kerana realiti kehidupan kini amat kejam dan merintih kecil ku...............

Khamis, 30 April 2009

Dasar Bangau tak boleh hidup tanpa kerbau.


Ayman kecewa dan sedih la... melihat sikap segelintir masyarakat Malaysia dan yang paling menyedihkan bangsa melayu yang tak pernah belajar dari kesilapan. Seronok di ulit mimpi dan tidur beralaskan subsidi dan berbantalkan Bantuan meraka kian lupa yang meraka kini sedang di bantu. Tidak pernah terlintas mungkin di fikiran mereka bahawa satu masa nanti apabila BANTUAN dah tidak di hulurkan bagaimana mereka ingin meneruskan hidup??

Ayman sedar, masyarakat kita di Malaysia terdiri daripada berbagai bangsa, bertepatan denagn saranan PM kita 1 Malaysia.. tapi adakan ini bermaksud, makan dan minum mereka pun kena di suap? Seperti satu tradisi...tradisi bangau yang tak boleh hidup tanpa kerbau... siapa kah yang bodoh...sama ada bangau yang pantas boleh terbang kesana-kemari menikmati alam atau kerbau yang kekal berselut dan masih berperit tubuh, di mana bangau datang menumpang teduh mencari makan di atas badan kerbau?

Ayman insaf melihat manusia kini yang tidak bisa untuk berbuat apa-apa selain daripada menganga dan meminta suap.. tangan yang menyuap hanya satu jua...maka jika tiada tangan ini kemanakah kita???

Ahad, 26 April 2009

Kabinet KU....


Mungkin gak terlewat untuk Ayman mengucapkan tahniah kepada Kabinet baru lantikan PM baru kita. Satu kabinet yang di lihat boleh memberikan impak kepada Malaysia dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.
Namun adakah kabinet baru ini benazr2 mampan seperti yang di laung kan oleh Pm kita??
Banyak yang perlu di betulkan yang dah berkarah dari dulu lagi... bertukar portfolio n\bukan lala agenda utama meraka para menteri..
Tapi sejauh mana keberkesanan portfolio yang bakal meraka terajui...

Apa pun Ayman ucapkan Tahniah kepada yang di lantik..mandat dan kuasa datang dengan Tanggungjawap...


***ada yang menang pemilihan tak jadi menteri***
*Kalut Jiwa***





Ayman Siddiq
Penang 09

Khamis, 12 Mac 2009

Tempat Jatuh Lagi Di kenang....


Semenjak Ayman resign dari syarikat lama tempat ayman berkhidmat, ayman dah terputus dengan dunia Internet dan Blog..
Balik kampung, rumah pun tak da internet..
Tapi aman rasa balik ke kampung walaupun dah terputus dengan dunia luar(internet) tapi ayman tetap gembira. Sempat juga ayaman ke CC sekali dua, ari ni sempat la ayman hantar posting PPmsi dan posting ni.
Sepanjang ayman di kampung ni, ayman lihat suasana dah tak macam dulu lagi.. kalau dulu orang selalu kaitkan gadis kampung ni ayu2, lamah lembut, tutup aurat, sopan santun...
tapi sekarang tak lagi... maaf cakap la
kadang2 ada yang lebih teruk dari bandar.. macam culture Shock pun ada...
Sedih la ayman lihat anak2 gadis kampung ayman kini... pakai baju pun macam baju adik derang punya.. mungkin memang meraka mengamalkan sifat berkongsi2 kot. Bagusla.. tapi tang nampak belakang masa duduk tu yang tak bagusnya..
Semalam masa ayman balik dari surau... berdedai-dedai kawan2 ayman yang lelaki nya ,bawak motor macam nak gila kat dlm kampung...ayman yang bawak kereta ni kerna berenti bagi mereka jalan.. ada di kalangan nya kawan sekolah Ayman..mungkin mereka nak pergi mengaji kot tu yang bawak laju dah lambat.
Dari kecil Mak dan Ayah Ayman selalu ajar jgn buruk sangka dengan orang lain...
kata mereka mungkin tak cantik di pandang namun mereka pasti ada alasan bagi menjawap segala tindakan... saja suka2 pun jawapan juga..
Masa ayman tgh type post ni, beratur budak2 nak main game ker nak serve internet kat cc.
Satu yang membanggakan, mereka kini tidak lagi buta IT... namun yang membimbangkan, IT dah tak buta.. mula la main ONLINE GAMINGs Sampai ponteng sekolah...
Adalah beberapa mak ayah bagi tau ayman, mereka terpaksa masuk kan line Internet ke rumah bagi membendung anak2 pergi ke CC dan spend satu ari kat sana...
Walau kita dahy maju di luar, ayman sibuk beri ceramah kesedaran..peluang perniagaan.. membentuk usahawan dan sebagainya.. rupanya AYMAN terlupa tempat ayman 'Berkubang' masih keroh airnya.. dimana ayman sibuk menjernih kan "Kolam KUbang Orang Lain"

Semoga Allah Berikan Ayman Kekuatan bagi menjadikan Apa yang Ayman Perjuangkan satu kenyataan



Ayman Siddiq
Muar Johor

What's Wrong With Mat Salleh Language???


salam saudaraku..satu kupasan yang hebat..PPMSI bukanla isu yang besar untuk di perdebatkan dan di bantah..Satu permainan pihak ketiga yang sahaja manjadikan satu pekara ini sebagai agenda peraih perhatian...Bagi Ayman PPMSI adalah satu wadah pemangkin minda anak melayu agar terus dapat bersaing dengan bangsa lain. Ada yang mengatakan Mengapa JEPUN boleh maju dengan bahasa meraka... namun mengapa bukan kita?Bagi Ayman Mudh.. di Jepun semua adalah nbangsa jepun dan menggunakan bahasa ibunda mereka. Walaupun jelasa dalam perlemnbagaan BAHASA MELAYU adalah bhasa kebangsaaan. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran adalah satu cara untuk sama tarafkan tahap pendidikan dari berbagai bangsa.Bersidang Bawah POKOK kerana di Halang Oleh Pihak Berkuasa, Isu Perak amat rumit dan bergolak dengan habat..sejarah malaysia mencatatkansatu perubahan yang sgt drastikadalah kejatuhan kerajaan perak dalam masa kurang 1 bulan adalah mengejutkan..Peralihan kuasa yang berlaku bagi ayman macam di rancang jer..Maaf saudaraku..sekadar pendapat...Inikan Blog..Kita bebas melontar pendapat bukanWalau bagaimanpunSemoga saudara terus berjuang bagi melayu...Hanya Melayu dan Bangsa serta agama..Aliran Kita mungkin berbezanamun wadah perjuangn kita serupa..
Ayman Siddiq

Ahad, 1 Mac 2009

Apabila Tangungjawap di ambil Mudah

Satu tangungjawap adalah amanah yang di berikan kepada kita.
Dan walaubagaimanapun ia perlu di laksanakan dalam apa juga cara nya...
Kecewa dengan sikap segelintir Perkerja Ayman yang mengambi mudah semua perkara membuat diri Ayman betul2 kecewa,
Mungkin kita tidak sedar bahawa setiap tangungjawap datang dengan penilaian yang perlu di ambil berat.
Semoga mereka sedar...

Kekecewaan Dalam Hati


Jarang Ayman terasa dan marah...
Namun hari ini perasaan ini meluap2 dalam hati ayman.
Sepanjang hari Ayman bersama teman2 ayman menghabiskan masa Di MItc Sekarang semua orang hanya tau untuk mengambil kesempatan keatas orang lain..
Bayangkan di hotel tempat ayman bereduh mencari rezeki mengenakan caj bagi perkhidmatan2 yang bagi ayman tidak perlu la di kenakan caj. Nak ke tandas di caj RM 1.00. Sedangkan ayman dan teman2 lain menyewa tapak khemah yang kos menelan hampir RM3000.00. Namun kami juga di kenakan caj.
Apa yang ayman nak katakan, mereka kini hanya mencari keuntungn dalam kesusahan orang lain.
Mungkin fIEStA jom Heboh...adalah punca rezeki bagi ramai orang..namun yang menyedihkan adalah pihak2 yang tidak bertangungjawap menindas orang lain....

Khamis, 26 Februari 2009

Salawat dn salam keatas Jujungan Mulia Baginda Muhammad


Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul, untuk mengingati hari keputeraan Baginda Muhammad Rasulullah.
Namun adakah ini sekadar sambutan yang tidak ada nilai langsung kepada Umat Baginda yang kini kian alpa dan lalai dengan Tangungjawap mereka?
Baginda S.A.W adalah ikon dan idola yang perlu di ikut dari sirah dan sunnah baginda. Bukan sahaja dari segi keperibadian baginda yang nyata MAKSUM malah dari segi kepimpinan Baginda.
Kian lama umat Islam kian lupa kepada Baginda. Mungkin Rasullah dah lama wafat, dan kita tidak pernah melihat wajah baginda. Sebagai Umat ISlam kita harus memahatkan Baginda dalam sanubari kita. Apabila kita melafaz shahadah bukankah kita suda berikrar dan mengakui bahawa MUHAMMAD itu PESURUH ALLAH?
Ayman sedih melihat kita kian jauh dengan Islam. Islam kini bagaikan pakaian yang perlu di ubah suai mengikut trend masa. Bukan kah Islam itu syumul...dan sesusai dengan masa..mengapa perlu di ubah dan suai dengan masa dan trend?
Baginda S.A.W pernah bersabda, "pada akhir zaman kelak, umat ku seperti buih-buih di lautan banyaknya, namun tidak ramai yang sampai ke pantai, mereka akan hanyut dan "meletup" di tengah lautan, kecuali mereka yang beriman dengan ALLAH dan Rasul mereka"
Benar, kalau kita lihat kini umat islam yang mengaku mereka itu Islam sungguh banyak di mual bumi ini. Namun tidak ramai yang mempunyai kualiti ISLAM yang benar-benar hebat dan layak Di gelar ISLAM.


Salawat dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.


Semoga kita sentiasa di bawah syufa'at Baginda dan Redha Ilahi


Insyaallah....



Ayman Siddiq.