Khamis, 12 Mac 2009

What's Wrong With Mat Salleh Language???


salam saudaraku..satu kupasan yang hebat..PPMSI bukanla isu yang besar untuk di perdebatkan dan di bantah..Satu permainan pihak ketiga yang sahaja manjadikan satu pekara ini sebagai agenda peraih perhatian...Bagi Ayman PPMSI adalah satu wadah pemangkin minda anak melayu agar terus dapat bersaing dengan bangsa lain. Ada yang mengatakan Mengapa JEPUN boleh maju dengan bahasa meraka... namun mengapa bukan kita?Bagi Ayman Mudh.. di Jepun semua adalah nbangsa jepun dan menggunakan bahasa ibunda mereka. Walaupun jelasa dalam perlemnbagaan BAHASA MELAYU adalah bhasa kebangsaaan. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran adalah satu cara untuk sama tarafkan tahap pendidikan dari berbagai bangsa.Bersidang Bawah POKOK kerana di Halang Oleh Pihak Berkuasa, Isu Perak amat rumit dan bergolak dengan habat..sejarah malaysia mencatatkansatu perubahan yang sgt drastikadalah kejatuhan kerajaan perak dalam masa kurang 1 bulan adalah mengejutkan..Peralihan kuasa yang berlaku bagi ayman macam di rancang jer..Maaf saudaraku..sekadar pendapat...Inikan Blog..Kita bebas melontar pendapat bukanWalau bagaimanpunSemoga saudara terus berjuang bagi melayu...Hanya Melayu dan Bangsa serta agama..Aliran Kita mungkin berbezanamun wadah perjuangn kita serupa..
Ayman Siddiq

Ahad, 1 Mac 2009

Apabila Tangungjawap di ambil Mudah

Satu tangungjawap adalah amanah yang di berikan kepada kita.
Dan walaubagaimanapun ia perlu di laksanakan dalam apa juga cara nya...
Kecewa dengan sikap segelintir Perkerja Ayman yang mengambi mudah semua perkara membuat diri Ayman betul2 kecewa,
Mungkin kita tidak sedar bahawa setiap tangungjawap datang dengan penilaian yang perlu di ambil berat.
Semoga mereka sedar...

Kekecewaan Dalam Hati


Jarang Ayman terasa dan marah...
Namun hari ini perasaan ini meluap2 dalam hati ayman.
Sepanjang hari Ayman bersama teman2 ayman menghabiskan masa Di MItc Sekarang semua orang hanya tau untuk mengambil kesempatan keatas orang lain..
Bayangkan di hotel tempat ayman bereduh mencari rezeki mengenakan caj bagi perkhidmatan2 yang bagi ayman tidak perlu la di kenakan caj. Nak ke tandas di caj RM 1.00. Sedangkan ayman dan teman2 lain menyewa tapak khemah yang kos menelan hampir RM3000.00. Namun kami juga di kenakan caj.
Apa yang ayman nak katakan, mereka kini hanya mencari keuntungn dalam kesusahan orang lain.
Mungkin fIEStA jom Heboh...adalah punca rezeki bagi ramai orang..namun yang menyedihkan adalah pihak2 yang tidak bertangungjawap menindas orang lain....

Khamis, 26 Februari 2009

Salawat dn salam keatas Jujungan Mulia Baginda Muhammad


Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul, untuk mengingati hari keputeraan Baginda Muhammad Rasulullah.
Namun adakah ini sekadar sambutan yang tidak ada nilai langsung kepada Umat Baginda yang kini kian alpa dan lalai dengan Tangungjawap mereka?
Baginda S.A.W adalah ikon dan idola yang perlu di ikut dari sirah dan sunnah baginda. Bukan sahaja dari segi keperibadian baginda yang nyata MAKSUM malah dari segi kepimpinan Baginda.
Kian lama umat Islam kian lupa kepada Baginda. Mungkin Rasullah dah lama wafat, dan kita tidak pernah melihat wajah baginda. Sebagai Umat ISlam kita harus memahatkan Baginda dalam sanubari kita. Apabila kita melafaz shahadah bukankah kita suda berikrar dan mengakui bahawa MUHAMMAD itu PESURUH ALLAH?
Ayman sedih melihat kita kian jauh dengan Islam. Islam kini bagaikan pakaian yang perlu di ubah suai mengikut trend masa. Bukan kah Islam itu syumul...dan sesusai dengan masa..mengapa perlu di ubah dan suai dengan masa dan trend?
Baginda S.A.W pernah bersabda, "pada akhir zaman kelak, umat ku seperti buih-buih di lautan banyaknya, namun tidak ramai yang sampai ke pantai, mereka akan hanyut dan "meletup" di tengah lautan, kecuali mereka yang beriman dengan ALLAH dan Rasul mereka"
Benar, kalau kita lihat kini umat islam yang mengaku mereka itu Islam sungguh banyak di mual bumi ini. Namun tidak ramai yang mempunyai kualiti ISLAM yang benar-benar hebat dan layak Di gelar ISLAM.


Salawat dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.


Semoga kita sentiasa di bawah syufa'at Baginda dan Redha Ilahi


Insyaallah....



Ayman Siddiq.

Rabu, 11 Februari 2009

Apa kah yang di fikirkan oleh Anak Melayu sekarang?

Gambar Hiasan

Termenung ayman sorang-sorang, lepas habis kerja Ayman duk melanggu depan tingkap ofis ayman yang betul2 mengadap Eye Of Malaysia yang dah ,di beli oleh Tok Ali. Cantik pemandangan nya. Sambil tu kepala ni ligat berfikir, lebih-lebih lagi tentang senario politik sekarang. Yela Ayman bukan la nak sangat amik bahagian dalam politik-politik negara, terlalu "ganaz' dan agresif. Baru semalam minum kopi tau kerajaan ni di perintah oleh "DIA ni" esok pagi belum gosok gigi dah tukar DIA yang lain pula yang berkuasa. Macam kata MAK MINAH dalam Cerita MASAM2 MANIS "Agedeban" Sgt. Tak terkejar kita... Namun Ayman terfikir, kalu macam ni la apa yang berlaku pada Anak2 melayu sekarang? Anak2 Melayu seperti Ayman yang tak langsung berminat mahupun terjebak dalm PoliTik ni. Apa yang bermain dalam fikiran mereka?

Ayman cuba mendalaminya dalam konteks anak melayu yang masih lagi sayangkan bangsa nya... Perubahan arus pemerintahan bukanlah satu perkara yang boleh di sangkal dengan cara berdiri dan memprotes. Pemerintahan akan tetap berubah mengikut arus yang telah di tetapkan. Namun apa yang merungsingkan kami adalah kewajaran dan kewarasan pemerintahan yang akan diwariskan kepada kami anak-anak melayu. Kalau dulu anak-anak melayu bersama-sama pemimpin mereka sebagai contoh Almarhum Dato' Onn menjulang sepanduk dan menjijing risalah anti MALAYAN UNION, dan itu adalah satu pejuangan yang luhur. Sekarang Ank Melayu ingin juga berjuang dan menegakkan asal keturunannya. Tapi dengan cara apa. Nak ikut pemimpin pun tak tau nak ikut yang mana, ramai sangat pemimpin melayu sekarang ni. Salah ikut pula takut-takut tersalah wacana. Dunia melayu dah semakin hebat. Melayu bukan lagi bangsa kelas Kedua. Melayu dah jadi kelas pertama. Tidak lagi bertuan-hamba lagi, tidak lagi bemadah punjangga. Semua yang keluar adalah Fakta dan Hujah yang tepat. Namun, bukan kah semua itu adalah adat dan budi. Adat yang meneguhkan pribadi, dan budi cermin hati? Perjuangan melayu kini kian tersasar. Perjuangan yang tidak ada lagi nilai perjuangan. Melayu hanya tinggal kepada nama bangsa. Anak melayu pun dah jadi lali dengan NAMA BANGSA nya. Ayman bukan la nak menjadi mencanang gendang keburukan bangsa. Namun, sudah nyata gendang bangsa kian sumbang bunyinya. Gendang Bangsa Melayu sudah tidak senyaring dan sekuat dulu, ikatan relung tepi nya dah Longgar dan perlu di perketatkan segera, kulit nya dah layu dan keras, perlu diganti kulit Muda yang segar...namun kalau Kulit gendang Melayu yang tua masih melakat pada relung, dan relung dah pendek tak boleh di ubah. Gendang mana lagi yang harus anak melayu canangkan?
Telampau mudah mengubah tapi apakah perubahan itu berbaloi?

Khamis, 8 Januari 2009

Rintihan yang tiada kesudahan


Ayman rasa sedih sgt, apabila semalam terbaca di akhbar bersa fotage mangsa kekejaman zionis saorang kanak-kanak yang maut kerna bedilan zionis malam kemarin. Adakah kita ini yang di jadikan oleh NYa kian tuli dengan kekayaan dan bisu dengan kuasa kita. Tapi dalam situasi ini, apa kah yang mempu di lakuka oleh kita sebahagian kecil warga dunia yang hanya mampu memprotes tidakan zionis dalam diam dan jika bersuara hanya dalam blog-blog kecil seperti ayman ini. Sedang kan liga Arab sendiri mengambik sifat Play Safed, kerana Zionis adalah sekutu Agong Amerika, dimana secara ekonominya telah menguasai sebahagian besar dari pada Bumi ini. Apa hak Zionis mencabut nyawa insan lain sedangkan nyawa itu pinjaman Allah dan hanya Allah yang layak untuk mencabutnya. Kalu di kaji semula, kerapuhan sistem pentadbiran Palestin sendiri menjerumus diri meraka ke kancah ini. Walau pelbagai langkah telah diambil, genjatan senjata yang di metrai hanyala di atas kertas, dan sewenag2 dicabuli oleh pihak yang tidak bertangangjawap.
Apa yang boleh kita di Saudara Islam di luar ini dapat membantu?
Ambil tidakan seperti indon yang inagin menghantar 1000 perjuang ke sana, mampu kah kita?
tapi jangan kita lupa, "Senjata Utama Umat Islam adalah DOA"
Sama-sama lah kita berdoa kepada ALLAH, agar saudara kita di Palastin akan mendapat kemenangan dan tabah menghadapi Ujian daripada ALLAh.

Amin



Ayman Siddiq

Isnin, 22 Disember 2008

Apabila kemarahan mengatasi kewarasan


baru-baru ni kecoh kes Bush kena baling kasut. kena baling kasut oleh wartawan Iraq, ni yang di panggil kasut makan tuan. Kemarahan yang menular dalam diri anak muda iraq tu telah mengaburi kewarasan mindanya. Secara sedarnya mesti kita faham akan kesan tindakan yang telah di lakukan oleh Wartawan tersebut, namun kalau dah marah semua boleh jadi.

Cerita pasal marah ni, rakyat kini pun dah mula sejuk ati, bila minyak dah diturunkan harganya. namun bagi ayman tindakan menaikan harga minyak pada kadar yang tinggi pada satu masa ni tak wajar, kerana kenaikannya mempengaruhi semua harga barangan harian. Tapi bila haraga di turunkan mendadak, barangan harian masih tidak turun harganya. Skarang ni setakat gaji 1000 tak leh nak idup
Taraf idup terlalu tinggi. Pampers anak pun dah dekat 50 inggit, dengan minyak lagi, installment Kerata dan Rumah. Kereta malaysia pun sikit punya mahal sekarang.

Ayaman Takut, sebelum pencen Mr PM dapat adiah macam Bush je.. May be Kasut Cap Gombak.....





Ayman Siddiq

Khamis, 11 Disember 2008

Aidiladha..di sebalik pengorbanan


Aidiladha,
Satu pengorbanan yang besar oleh Nabi Allah Ibrahim yang di titahkan oleH Allah untuk mengorbankan satu-satu anak kesayangan baginda. Tanpa sebarang keraguan dan dengan takwa yang tinggi, tidak teragak2 nabi Allah Ibrahim merebahkan anak nya Nabi Allah Daud untuk di korbankan. Dengan berani Daud tidak membantah walau pun deheman untuk membantah perintah ayahandanya, kerana dia tau, itu adalah perintah tuhannya. Dan dengan kuasa Allah,daud di tukarkan dengan satu binatang korban yang besar.
Sedikit sudutan kisah Ibrahim dan Anak nya yang patuh akan perintah tuhannya tanpa sebarang keraguan. Adakah kita sanggup mengorbankan sesuatu yang kita sayang??

Jawatan yang di sandang tidak mahu di lepaskan, sanggup bermain dusta demi menjamin keselamatannya

Perebutan kuasa menjadi satu agenda dalam kehidupan. Bukan kata nak berkorban... malah sanggup mengorbankan 'maruah dan Peribadi' bagi meraih apa yang di hajatkan.

Mengorbankan sesuatu untuk mendapat sesuatu yang lebih baik adakah satu perkara yang baik dan wajar di lakukan???

Ayman Siddiq