Isnin, 1 Disember 2008

Be Malaysian Malay.


Aneh kan , menjadi Melayu Malaysia, bukan ker Malaysia ni berasal dari rumpun melayu? Tapi sekarang ni kita kena jadi melayu Malaysia kerana melayu yang dulu dah tak update... dah tak madani, dah tak leh pakai. Kena jadi melayu Malaysia yang berstatus maju, ICT dan Moden.
Takan nak melayu yang berhamba, bertuan hamba, berpatik-patik dah tak releven, skarang melayu kena menguasai bahasa inggeris, kalu tak tak maju. Macam na nak pi niaga luar negara kalau bahasa inggeris tak pandai. Melayu Malaysia kena berani mencuba banyak benda, suma benda kena cuba baru tau, baru tak tertinggal. Kalu dulu anak dara orang melayu duk kat dapur, cukup tempoh kawin.. sekarang mereka dah pergi ke kutub utara dah. Bukan apa bangga tul
saya dengan pencapaian mereka. Tapi kena jadi melayu Malaysia dulu ker baru leh berjaya, jadi melayu jati tak boleh berjaya???
apa beza nya melayu malaysia dan melayu lama...

Ini Beza Nya:

Melayu Lama masih berpegang pada agama ISLAM yang menjadi tunjang kepada kehidupan.
Melayu Malaysia Berpegang pada ISlam HAdari yang di tambah prinsipnya bagi menjamin kesinabungan harmoni malaysia

Melayu lama, mempetahankan bahasa melayu nya yang menjadi kebangaannya
Melayu MAlaysia, tak kesah sangat pasal bahasa kerana bahasa lain lebih penting dan maju dari pada bahasa melayu.

Melayu lama, berjuang bagi mempertahakan bangsa dan negara.
Melayu Malaysia,berjuang untuk nama, pangkat, duit dan Ank Menantu. Bukan untuk negara kerana mereka bukan lagi melayu sejati.


tu la beza nya...


Ayman Melayu Malaysia dan Masih lagi Melayu lama.


Ayman Siddiq

Jumaat, 28 November 2008

DiMana Bumi Ku Pijak Di Situ Langit Ku Junjung.


Dimana kah letak nya langit yang ku junjung?
dimana pula letaknya bumi yang ku pijak?

Adakah aku tetep mencari kemana hilangnya perjalanan diriku ini?
Adakah menjadi tanda tanya setiap yang terjadi dan segala yang bakal terjadi?
Adakah bangsa ku tetap menjadi bangsa yang kukuh dan terus utuh hingga satu masa yang akan datang?
Masih dalam tanda tanya yang besar dan masih tiada yang mampu memberikan jawapan,
Mahupun ketua pemimpin atau pun individu yang melobi jawatan pemimpin.

Agenda perjuangan kian jauh dan taidak lagi berpaksikan kenyataan. Hanya satu impian untuk menjadi pemimpin dgn cara yang tidak lagi sama seperti dahulu. Kalau dahulu Dato' Onn memecah monopoli kuasa politik Inggeris dengan lantang menentang Malayan Union, kini hanya suara-suara kecil yang berani menentang MALAY UNION walaupun jelas dan nyata kesalahan dan ketidak adilan mereka. Suara yang kecil ini, mudah sangat di cantas dek penyokong yang kipas tak mati bagi meletakkan diri mereka sebaris dengan perjuang2 bangsa yang mendabik dada memekik, PERJUANGAN INI ADALAH UNTUK MALAYSIA. sedang kan amat jelas perjuangan mereka adalah lebih bersifat individu dan tidak berasas.

Sama- sama sendiri bercakaran dan bertelagah untuk menjatuhkan satu sama lain, tiada lagi kerjasama dan sepakat, jika orang lain lebih layak dari kitam mengapa kita masih nak bertanding, izin kan sahaja mereka yang layak itu menjadi pemimpin dan kita terus sokong dan berkhidmat dengan satu agenda yang sama dari awal penubuhan.
Mempertahankan apa yang kita dapat adalah wajar, namun sejauh mana kridibiliti kita untuk mempertahan kannya. Jika ternyata dan terbukti yang kita lemah, kita tak layak di tempat itu, lebih baik kita memberi peluang kepada yang lain yang mempunyai nilai dan layak untuk mengantikan kita, bukan di berikan kepada mereka yang berjanji akan memmberikan kita imbuhan atau satu perjanjian sosial bagi menjamin anak menantu dan diri sendiri terjamin sampai mati.

Berkuasa dan punyai kuasa amat menyeronokan, di mana semua berada di bawah telunjuk dan kehendak kita, namun kuasa dan keyakinan rakyat datang dengan satu pakej yang bukan mudah untuk di tunai tapi mat mudah untuk di abaikan, Rakyat kini semakin pintar, mereka adalah rakyat yang rata-rata keluar dari IPTA/S yang bersepah di muka bumi ni, Mereka juga pernah memimpin ketika di sekolah dahulu. Rakyat tidak lagi jahil dan buta.
Namun kuasa telah menundukan dan memperBODOHkan mereka yang bijak.

Biarlah aku jadi insan yang bodoh, kerana ALLAH maha bijaksana. Kerana aku sedar insan yang lemah ini tidak lepas daripada kuasa yang maha agung dan maha kekal. Sejauh mana kita berlari dan terus berlari, selagi BUMI DI PIJAK dan LANGIT DIJUNJUNG, SeLAgi aku terikat dan patuh selamanya pada TUAN PENCIPTA ALAM, ALLAH SWT.

KUASA ADALAH AMANAH
DAN AMANAH AKAN DI TUNTUT SAMPAI AKHIRAT.


Ayman Siddiq

Isnin, 17 November 2008

Meletakan Keaiban Sendiri untuk tontonan

Sesungguhnya Rakyat Malaysia amat lah berani dan tidak mudah berputus asa, satu semangat dan sifat yang harus di puji. Contohnya mudah, dah orang tak suka pun gagah nak jadi ketua sampai bulan mac. Dan orang taknak undi, siap merayu dan menagih untuk di undi, satu lagi sifat rakyat malaysia ni, suka bagi peluang kepada orang yang kadang2 tak layak pun di bagi peluang.

Ni bukan nak cerita pasal politik, asik cerita pasal politik jer, kadang2 kita lupa yang disekeliling kita yang luar dari politik dan tidak ada langsung kena mengena dengan politik lebih seronok untuk di nilai.

Ni cerita pasal, rakyat malaysia yg tak minat langsung adal politik, kalau tanya sapa ADUN kawasan dia pun comfirm dia tak tau... tapi minat sgt nak jadi artis....

Haaa...

satu fenomena yang melanda negara kini, ramai nak jadi artist dari nak jadi polis,ker askar ker mahupun kerja JKR.

Menyedari hakikat tu, berebut la orang MEDIA ni adakan pertandingan realiti. cungkil bakat2 baru, kalu dulu zaman ayman kita panggil pertandingn karaoke je

Yang pelik nya yaNG Tak BOleh nyanyi pun berduyun datang...

Teruk sungguh lebih teruk dari deheman kerbau balakang umah

tapi mereka ni pula tak sedar la

aib...
aib..


kenapa ingin mengaibkan diri ?
tak cukup lagi ke mengaibkan diri selama ni,
sampai nak mengaibkan diri di kaca TV pula

tak paham la ayman

kita ni
ada pikiran

so kita pun leh kenal dan nilai kemampuan diri

kenapa nak tunggu AJAI, ROSLAN AZIZ, LAH VE, Hattan, OGY . kutuk dan aib kan kita baru nak sedar.

Ni satu lagi, derang ni juri yang macam hebat ni, sedangkan album yg di rakam mahupun diterbitkan tak la sebaik mana. tapi lagak nya macam dah tahap TAN SRI P RAMLEE...
Bahasa pula kesat, langsung tak menunjukkan ciri-ciri melayu. kita cakap biar beralas.

tak salah cakap beralas dan beretika, dan pada masa yang sama jujur dan telus.

Bukan dengan kutukan yang persis hina kerana berlandaskan "i Cakap betul, tak hipokrit"

tapi yang pelik dan hairan....


ramai juga yang kurang bakat datang nyanyi dan SUDI di hamun,di kutuk oleh JURI.

pelik Kan



Ayman Siddiq

Rabu, 29 Oktober 2008

DeMI CinTa ku PAda Mu....

DeMi Cinta Ku Pada Mu, Ku korban Kan Jiwa dan Raga...
bait lagu yang pernah berkumandang di corong radio awal 90-an dulu...

demi Cinta suma akan menjadi indah dan baik belaka...
Ada yang sanggup untuk menjadikan diri mereka ni macam victims of love....


Ayman nak bawak kita semua kepada satu persoal ayman rasa sumua dah ada jawapan nya.... adakah cinta ni boleh menjamin masa depan dari segi perasaan dan kehidupan...

Cinta pandang pertama satu mitos percintaan yang di idam kan oleh ramai gadis dan jejaka...kenapa ayman kata itu adalah mitos??? kerana perkara ini sukar untuk terjadi....
ayman ada sorang teman yang duk bercinta dengan marka dia masa kami kat kolej lagi....
masa tu depa duk jumpa masa kawat... cerita macam hindustan lak
kan ayman dah cakap kita kat malaysia ni dah macam filem indil... so teman ayman ni duk fall in love la dan duk sakan takcle awek ni, yang sama2 satu batch ngan ayman...one day la, teman ayman ni ada migrain la... masa kawat ni dia duk pitam.... so kami pun duk campak la dia kat cafe duk sana diam2 jangan duk nyusahkan orng...tetiba dah jodoh la katakan, cinta pandang pertama lak tu... awek ni duk bagi panadol kat mamat ni.... apa lagi raya iban la teman ayman ni gembira tak terucap...alhamdulillah ok jer sampai sekarang...satu dalam 1000 teman ayman yang dapat apa yang ayman kata kan mitos tu...

Namun ada satu percintaan yang bukan mitos bukan masalah... cinta pada Agama dan bangsa...
ada beberapa kawan ayman cakap mereka mmg cintakan agama dan bangsa... sejuk ayman dgr...ayman pun tanya la macam na kamu cinta kan agama dan bangsa mu?
MUdah sahaja jawapan nya....
Dengan memilih kekasih yang berAgama ISLAM dan BERbangsa MELAYU...
Tersenyum ayman dengar jawapan tu... ada relevannya perucapan ini...

Tapi maksud ayman... cinta pada ALLAH dan RASULNYA...
Pada Bangsa Melayu yang kian layu tanpa cinta dan kasih insan yang berbangsa kan nya
Cinta yang tak da penghujung dan cinta yang dapat...patut di warisi oleh ank cucu kita...
Bukan Cinta yang mengadaikan maruah...
cinta yang hanya di bibir


Namun CINTA itu amat unik dan pelik
CINTA boleh membuat manusia Buta
CINTA boleh buat kita Gila
Dan CINTA boleh buat Kita Merana...

Namun manusia tetap terus mengejar cinta................



Ayman Siddiq

Selasa, 28 Oktober 2008

Malaysia dan Sirvaji The Boss....

Semalam ayman tak p kemana2 pas pi melawat Josh dan Vicky kat rumah mereka, ayman pun terus la balik rumah takda aktiviti nak di lakukan, ayman pun tuned in la tv2. tgk filem tamil. Menarik juga filem tu, sirvaji da boss. Bila ayman tgk jer film tu, ayman terus teringat kat Pak lah, our Prime Minister la...he try to fight crime and coruptions kan, kira kalau kat chenai ada sirvaji here at m'sia kita da Pak lah....

But sumething that ayman sedar, persamaan dalam film ini dengn kita di malaysia adalah, rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewangan.
mana tak nya kita politik pun dah bercampor uang...rasuah sepah2, nak tender cuci tandas pun kena rasuah skang. macam ni bukan macam cerita Sirvaji da boss la...salah guna kuasa pun boleh di ketegorikan meruncing sekarang...kalu tak takkan ada polis yang sangkut kes dadah ari tu...
Sukar la nak cakap
dah jadik trend lak korupsi dan pemyelewengan ni, yela gaji bukan besar, bayar Cambry new editions dah 2k, nak makan lagi umah semi d 2 tingkat...suma pakai RM...RM...RM.. Mana nak cekup, gaji kerajaan bagi takat tu gerk...
sumer nafsu ni
nafsu setan (org johor pangil setan)
tak mampu wat la gaya tak mampu...duk mewah lagak wat per kan
dah macam tamil film dah malaysia ni....
kalau tak takkan Shah rukh dapat Datuk kan...tuk....

tak tau la apa lagi ayman nak cakap dah sampai masa kita patut berubah dan dah sampai masa kita ni kena jadi melayu semula.
Bukan nya pa...

Kalau hidup kita dah macam film so...
saper la nak jadik hero yer...
Sape lagi Pak LAh da PM la




















Hanya Peminat Filem Hindi n Tamil


Ayman Siddiq

Where Is My Culture





Salam

Ayman Siddiq Mencoret lagi.

Budaya org melayu mmg gemar di manja dan di layan umpama raja.
Budaya org melayu malas nak usaha tapi nak dapat hasil cepat tak leh tunggu lama.
Budaya orang melayu hidup nak bergaya tapi tak mau pula kerja.
Budaya orang melayu suka skim...piramid...up line down line suma sebab nak cepat kaya.
Budaya orang melayu, kalau berani duk belakang2 duk depan tutup muka.
Budaya orang melayu,Makan jangan bercakap biadap, tapi leh makn Suap.
BUdaya orang melayu, dapt masuk U bijak... kena buang memberontak
Budaya orang melayu, baling batu sorok tangan, salah baling kena teman.
Budaya orang melayu, tipu bohong perkara biasa, bukan tipu, tipu sunat...
Budaya orang melayu, nak kontrak juta-juta, tapi duk curik lagi batu bata...

Budaya orang melayu, cakap besar, api hembus terbakar semua...satu dunia dia punya
Budaya orang melayu, masuk nya sikit ke IPT banyak masuk pusat serenti

Budaya orang melayu, nafsu besar nak jadi ketua, kempen habis berjuta2..last2 jadi KUDA, kena pacu bangsa luar,
BUdaya orang melayu, semua boleh, semua ok, sampai nak wat jarum pun import teknologi luar...kualiti
budaya orang melayu, cakap pasal orang paling handal, sedangkan diri pun tak tentu pangkal


Aku melayu...budaya ku budaya melayu...
kenapa mesti ku turut budaya yang negatif sedangkan budaya ku amat tersohor satu masa dulu...budaya dan budi melayu...

Kerana Melayu mudah Lupa ...

ayman siddiq

Rabu, 22 Oktober 2008

Hidup melayu kerana Muafakat

Kita ni bangsa melayu
yang menjadikan kita kuat satu masa dahulu dalah kerana kita ni muafakat
setia kawan
dan toleransi

Cuba kita tgk, kisah 5 bersaudra.. Hang Tuah,jebat,likir,likiu dan kasturi
Mereka ni amat muafakat
dan setia kawan

Tapi kini

semua dah hilang seperti hilangnya emapayar melaka satu masa dahulu

demi jawatan setia kawan, muafakat dah tak da nilai lagi
semua hanya satu ungkapan yang tidak ada erti

Sekarang wang ringgit jadi
taruhan
kau ada wang ramai kawan yg sanggup nak menjadi teman
kau tak da duit..pi matilah perjuangan

Nak memilih ketua dari kalangn sendiri pun
kena pakai RM
takda RM
tak jadi

Nak jadi ketua bukan main suka2

Ketua
ni ada banyak sebab untuk dilantik

1.popular
2. layak
3. kaya
4. pengaruh


kalau kita teliti sekarang
berapa ramai ketua yang benar2 ada kualiti sebagai ketua

tak ramai

yang ramai adalh ketegori 1,3,&4

tak di nafikan
ketua perlu ciri2 yang lain untuk berjaya

namun jika 3 faktor itu punca sebab jadi ketua,
kalau dah miskin,tak popular dan tak da pengaruh maka ketua itu akan jadik tak berguna langsung

Tapi jika ahli dan masyarakat muafakat memilih ketua yang layak
itu takkan berlaku

Masakan jebat sanggup menyanggah sultan melayu apabila tuah di hukum...
masa tu tuah nyata ilang pengaruh, harta dan populariti...
namun jebat tetap menyokongnya
kerana kualiti Tuah sebagai ketua dan muafakat dan kpercayaan ahli melantik ketua

bagi yang sedar..cepat tepuk dahi kawan2 yang masih leka
Muafakat adalah satu cara agar melayu dapat bangkit



Ayman Siddiq

Undur Bukan BErmakna TAkut...tapi...

Tangungjawap atau tekanan?

Satu-satu nay tindakan yang betul di lakukan oelh Pak Lah adalah tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan akan datang,
adakah alhirnya beliau sedar dari mimpi dan ketaksubannya dalam mencari fatmurgana nya sendiri(pinjam ayat dia juga)

Antara rasa tngungjawap atau tekanan yang di berikan oleh akar umbi dan rakyat membuatkan pak lah akur...

kata orang, kalu kita turun sendiri dari tempat yang tinggi tak la sesakit di tolak dek orang lain...
so ,daripada di aibkan dengan kekalahan bek Pak lah undurkan...


refomasi dan revolusi
UMNO
akan
bermula

dan refomasi kearah mana?
revolusi dari arah yang bertentangan atau sebaliknya....

Ada telinga dengar, ada mata lihat, ada akal korang pikirla sendiri


Ayman Siddiq