Rabu, 22 Oktober 2008

keRJA dI meLAka

Salam
Saya Ingin Mempelawa semua teman KPMIm yang berada di melaka bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:
Business Development Junior Executive.
Salary: MYR 1000.00
Insentive: MYR 100.00 (per Sales)
Time & Days Woking: Mon-Fri (9-6)
Company:
RS Capital Holdings Berhad,
Wisma RS, Jln PM 6,
Plaza Mahkota,
Bandar HIlir MElaka.
06-284 3335 ext 109 ( Taufiq)
Ada 3 kekosongan.
Siapa berminat boleh lah
menghantar resume ke email saya
Att: Mr Md Taufik B Md Zin
Business Development Coordinator
Email: taufiqtmes@gmail.com
Phone: 013 600 1942
sila hubungi kami
bagi keterangan lanjut
Mencipta KEmungkinan

Hargai Peluang Yang kita dapat

Salam,

Sedih ayman bila teringat balik, baru-baru ni ayman ada buka beberapa peluang untuk anak-anak muda berkerja bersama-sama ayman. Mengenangkan sekarang jumlah penganggur semakin ramai, ayman inginlah tolong ank bangsa kita ni untuk mendapatkn perkerjaan,

Adalah bebrapa resume yang ayman dapat untuk temuduga.

apa yang ayman sedih ni
budak2 sekarang ni langsung tidak menghargai peluang yang ada.
Panggil temuduga pun tak mahu datang

Bukankah itu satu peluang???
Walau pun dia dah berkerja
tak salah untuk hadir sesi temuduga
lagi pun
Bukan commfirm Ayman nak hire....

Tapi kalau dah panggil pun tak datang,
itu satu bad impression bagi calon tersebut.


Peluang ni kadang2 datang sekali jer seumur hidup
bukan selalu

Tapi Allah maha pemurah

kita sahaja tidak sedar akan kewujudan peeluang itu



Sedih rasa di hati ayman



Mungkin anak muda kini sudah tak tahu lagi erti peluang dan menghargainya.


Ayman siddiq

Khamis, 16 Oktober 2008

Nak Cari duit...nak cari duit.. duit pun tak dapat carik

Nak cARI Duit...nak cari duit...

Salam,

Bukan senang nak senang....
em ayman siddiq amat setuju ngan kenyataan cik yat kita ni

Ramai sungguh dah terpadaya dek skim2 pelik ni.

dulu masa ayman kecil2 dulu heboh pakcik2 kawan2 ayah, duk wat loan, jual tanah,pajak umah, untk menyertai satu skim yang di gelar skim PAK MAN TELO...
tu rasanya pada awal tahun 1990-an
masa tu ayman masih skolah lagi.

Mungkin masa tu kesedaran masih kurang

17 tahun kemudian...

"Melaka: Dua biras yang juga rakan niaga Syarikat Hitech Enterprise, semalam mengaku tida bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan, penggubah wang haram, masing-masing lebih RM 45 Juta dan RM 16 Juta.
Mohd Riezuan Jalil, 28 menghadapi 162 tuduhan pengubagan wang haram berjumlah RM 45,026,06, manakala Basri Samsudin, 35, dengan 60 tuduhan yang sama berjumlah RM16,133,009." Berita Harian

tgk2
ada lagi yang kena tipu....
teruk tullah

orang kita ni
emm nak wat macam na

Nak cari duit...nak cari duit...

Ayaman Kesah ni....

Erti sebuah Keamanan

Hindaraf sudah Diharamkan

satu tindakan yang wajar dari pihak kerajaan.

Akhirnya satu tindakan sudah diambil bagi menjaga keamanan negara.

Namun banyak lagi aktiviti diluar yang perlu di pandang serious oleh kerajaan.

Keamanan negara adalah titik tolak kepada kempuhan ekonomi

Jika kita saling berbalah dan keadaan kian tidak stabil,

ekonomi pun akan goyah.

Ayman Siddiq

Menyokong tindakan kerajaan dan merasakan ia wajar....
Setelah lama juga kerajaan tak buat sesuatu yang 'agak wjar'

AYMAN SIDDIQ

Melayu...penuh adab, budi dan Bahasa

Hidup Melayu Penuh Budi dan Bahasa.

Salam,

Kalau kita ni melayu mengapa kita perlu menangkis amalan yang telah lama terpasak dalam jati diri kita
Blog atau pun boleh saya kata kan catatan elektronik ini adalah salah satu kemudahan,kebaikan dan keuntungan kepada kita

Bukan Semua org dapat peluang untuk menulis dalam kolum di majlah atau di akhbar

Tapi dengan blog ini,
kita mendapat sedikit ruang untuk mencetus sedikit idea dan memberi sedikit cadangan

Etika penulisan adalah amat penting
saya tahu,kadang kala teknik penulisan saya agak berbau politik atau pun perkauman.

Namun sentuhan saya lebih kepada am
dan bukan bersifat peribadi

etika penulisan amat didtitik berat kan dalam semua genre penulisan sama ada di sebaran umum atau pun di dalam blog

blog adalah medium untuk kita berinteraksi dangan dunia luar.

Blog bersifat subjektif yang sukar untuk kita tafsirkan

Ada blogers yang menjadikan blog sebagai jurnal, atau catitan peribadi. dan ada juga sebagai medium melepas kan ketidak puasan hati Dan ada juga sebagai tempat melebarkan pendapat.

Lazim, bloger yang menjadikan blog sebagai medium untuk melepaskan matlamat pribadi dengan menyalahkan atau melemparkan sesuatu yang tidak wajar adalah antara bloger yang rendah etika penulisannya.

Ayman Siddiq,

Menyeru kepada semua bloger agar menetapkan satu etika penulisan bagi tidak mencemar dunia penulisan ini.

Khamis, 9 Oktober 2008

Arah yang kabur

Salam,
Hari Raya di sambut dengan sedarhana. Krisis ekonomi yang melanda Negara dan Dunia memalitkan kesan hitam dalm kehidupan kita kini. Kenaikan harga Barang2 dan kadar infalasi yg tinggi amat membimbangkan. Walau pun minyak dah kurang harga, nmun adakah itu cukup untuk membantu rakyat???
Nilai ekonomi dunia yang berada pada tahap kritikal ini adalah salah satu titik tolak kepada kerunduman ekonomi msia kini.
tindakan utk menambat ringgit pada dollar adalah satu tindak yang boleh di sifatkan bodoh dan ti dak relevan.
Tambatan ringgit akan mnyebabkan nilai ringgit jatuh dan pasaran dangangn mata wang akan meleset.

M'sia di amabang kejatuhan, dari segi politik dan ekonomi

Ramai yang duk nyalak kata depa leh bawak negara bebas dari cengkaman ekonomi dan politik

Duk pakat wat kerajaan....
duk pakat guling-guling macam tenggiling...

Politiking...
sapa yng menjadi raja dalam arena mereka sendiri...
dah macam babarian lak
KILL to Conquer...
sama la
cuma
'pembunuhan' tidak lagi menggunkan senjata tajam ke pistol...
pembunuhan hanya menggunkan akal...lidah dan fitnah...
Perebutan yan nyata lebih HINA dari perebutan tahta dan kuasa di rom ketika Julius Ceaser di tusuk dek kawan+ penashatnya....

Selasa, 23 September 2008

Apabila Hak dan Kebebasan di persoalkan

Baru-baru ni hangat la apabila banyak bloger-bloger di tahan di bawah Akta ISA.
Mereka Ini Semua di tahan atas dasar keselamatan dan di bawah akta hasutan.
Dimanakah hak kita sebagai rakyat malaysia yang di canangkan sebagai negara demokrasi dan bebas untuk menyuarakan pendapat?
Pabila semua pendapat dan pandangan kita di sekat, di sejat...
Aku hanyalah sebahagian dari berjuta bloger di seluruh malaysia,
kini apa yang akan di sampai kan oleh semua bloger akan lebih bersifat pribadi.
Kerana hak dan kebebasan kita sebagai rakyat malaysia di persoalkan

Serangan-serangan yang bersifat pribadi acap kali manjadi asas dalam penulisan para bloger dewasa ini.

Semoga

Kita akan di berikan lebih banyak ruang untuk
menulis
dan
melunaskan pandagan.


AYMAN SIDDIQ

Rabu, 10 September 2008

Di dalam mencari Keredhaan dan keberkatan.

Ramadhan telah tiba...
apabila bulan Ramadhan tiba, sudah menjadi satu kewajiban di mana manusia berlumba-lumba untuk mencari keberkatan dan keredhaan Nya.
Namun adakah hanya di bulan ramadhan sahaja kita boleh dan taksub untuk mencari keredhaan dan keberkatan ALLAH?
Bagaimana dengan bulan-bulan yang lain?

Manusia gemar mencari jalan pintas untuk mencapai kejayaan atau mendapatkan sesuatu.
Jadinya apabila Ramadhan tiba,manusia yang masih ada lagi ISLAM di dalam hatinya akan berebut-berebut mencari keredhaan dan keberkatan bagi menebus segala ketidakbaikan yang telah mereka amalkan sepanjang tahun.

Sejauh mana kita sebagai manusia di muka bumi ini akan mendapat
keredhaan dan keberkatan dari ALLAH SWT?
JIka kita hidup di dalam keadaan di mana AGAMA DI POLITIKAN,
ADAT DAN RESAM DI ENTENG kan

kerana

tegak rumah kerana Tiang nya
tegak bangsa kerana Adat nya
dan Tegak ADAT kerana AGAMANYA.









Renungkanlah




AYMAN SIDDIQ